NASIONAL

Dua PPS ditutup, banjir Pekan surut

 

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KUANTAN, 16 JAN: Dua pusat permindahan sementara (PPS) ditutup ekoran banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, hanya tiga PPS yang masih beroperasi bagi menempatkan mangsa sehingga jam 9 malam tadi berbanding 619 mangsa di lima PPS petang, semalam.

“Dua PPS ditutup adalah Pusat Pemindahan Kampung Lamir yang menempatkan 55 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Merchong Jaya menempatkan seramai 87 mangsa.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang setelah melihat banjir kian surut,” katanya dipetik Bernama.

Tambahnya lagi, manakala tiga lagi PPS yang masih beroperasi ialah SK Sinar Mutiara menempatkan seramai 375 mangsa, SK Temai (93) dan SK Aceh yang menempatkan sembilan mangsa.


Pengarang :