SUKANKINI

Espanyol lebur rekod tanpa kalah Barcelona

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANYOL, 18 JAN: Selepas Manchester City, giliran Barcelona pula terpaksa menelan kepahitan apabila rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan lebur selepas tewas, 1-0 kepada Espanyol dalam perlawanan pertama suku akhir Copa Del Rey, pagi tadi.

Lebih mengecewakan, Lionel Messi yang berpeluang memastikan Barcelona membawa bekalan selesa menjelang pertemuan kedua, di Nou Camp gagal menyempurnakan sepakan penalti, pada minit ke-62 yang berjaya diselamatkan Diego Lopez.

Sebaliknya pasukan tuan rumah, Espanyol meranapkan rekod cemerlang pendahulu La Liga itu menerusi jaringan Oscar Melendo berjaya menampan bola ke gawang lawan, pada penghujung permainan bagi memastikan Barcelona berputih mata tanpa sebarang jaringan di tempat lawan.

Awal minggu ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City tewas 4-3 kepada Liverpool di Anfield, sekali gus mencalarkan rekod kemenangan mereka selepas 23 perlawanan dalam semua kejohanan.

PHOTO KREDIT: Daily Mirror


Pengarang :