SUKANKINI

FAM anjur seminar tahunan pelesenan kelab

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 JAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganjurkan seminar tahunan pelesenan kelab untuk semua pasukan Liga Super dan Perdana Malaysia, di Hotel Acapella, di sini, bermula hari ini sehingga esok.

Selain pentadbiran pelesenan kelabnya, FAM berkata, speaker jemputan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Ketua Pelesenan Kelab, Mahajan Nair dan Pengawal Kewangan, Kevin Ong turut tampil, pada seminar itu.

“Topik dibincangkan termasuk berkenaan kemas kini sistem pelesenan, keselamatan stadium, pembangunan belia, isu gaji tertunggak dan lain-lain.

“Seminar ini bertujuan mendidik pasukan dengan lebih mendalam berkenaan pelesenan kelab,” katanya.

Semua 22 pasukan Liga Super dan Perdana dijemput menghadirinya dan diwakili pegawai pelesenan pasukan masing-masing.


Pengarang :