SUKANKINI

Football Selangor: 26 liga komuniti jalin kerjasama

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 JAN: Sebanyak 26 liga komuniti bersetuju bekerjasama dengan Football Selangor dalam memajukan liga amatur di negeri itu, seterusnya Selangor Champions League (SCL) 2018.

Dalam kenyataannya, Football Selangor memaklumkan semua liga terbabit menyatakan persetujuan dan berharap pasukan, di seluruh Selangor mengambil peluang menyertainya.

“Pada tahun ini, 26 liga bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Football Selangor dalam misi memajukan liga amatur, di Selangor.

“(Pasukan dan kelab) sertai liga tersenarai dan pasukan anda akan berpeluang beraksi di SCL2018,” katanya.

Football Selangor di bawah Komuniti Belia Selangor (SAY) diasaskan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang menganjurkan SCL2018.

Kepada pasukan berminat, boleh mendapatkan maklum balas dengan melayari media sosial Facebook: Football Selangor – https://www.facebook.com/footballselangor/?

Antara liga tersenarai ialah Klang Valley League, Setia Alam FL, Liga Komuniti Puchong, Prestige Cup, Kota Damansara PL, Selangor Social PL, DACS Social League.


Pengarang :