BERITA UTAMASELANGOR

GS Jepun tandatangani RM1.26 billion kerjasama dengan Selangor

 OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah kerjasama antara GS Paper dan Worldwide Holdings, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerjasama itu adalah manifestasi untuk mengekal dan mengembangkan lagi hubungan perniagaan antara Selangor dengan Jepun.

“Ini adalah kerjasama sinergis dan biarlah kami mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak untuk mencapai kejayaan ini.

“Omeidetou gozaimasu! Kita menyambut baik GSSP dalam menjadi rakan kongsi dengan Worldwide Holdings Berhad.

“GSSP adalah rakan kongsi Selangor,” katanya.

Beliau berkata, secara ketara, perjanjian itu akan membuka jalan bagi pengembangan perniagaan kilang kertas GSPP bernilai RM1.26 bilion, di Kuala Langat.

Katanya, pelaburan Jepun di Selangor semakin berkembang dan terus menjadi dominan pelabur asing.

“Selangor terus menarik pelaburan dan akan menjadi hab bagi rantau ASEAN,” katanya.


Pengarang :