Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3, memenangi Anugerah Keseluruhan Terbaik pada majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk dan Zon Bersih JKP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017. GAMBAR OLEH: MUHAMMAD ASRI SAPFIE
PBTSELANGOR

JKP Zon 3 bangga menang, setanding usaha dijalankan

OLEH:  SABIRAH AZIZ

GAMBAR OLEH:  MUHAMMAD ASRI SAPFIE

SHAH ALAM, 13 JAN: Usaha dan program yang dijalankan selama ini akhirnya berbaloi apabila Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3, menjuarai Anugerah Keseluruhan Terbaik JKP, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017.

Wakil JKP Zon 3, M. Singam berkata, pihaknya amat bangga dan bersyukur dengan kemenangan itu yang juga adalah kemenangan kali kedua selepas pernah memenanginya pada tahun 2015.

“Ini adalah hasil kerjasama pasukan kami dan bukan kemenangan seorang walaupun pada kali ini, jumlah program dijalankan berkurangan iaitu kira-kira 160 lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3, memenangi Anugerah Keseluruhan Terbaik pada majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk dan Zon Bersih JKP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017. GAMBAR OLEH: MUHAMMAD ASRI SAPFIE

“Bagaimanapun, kami rasa program dijalankan pada kali ini berkualiti dan kemenangan ini adalah bukti apa yang kami lakukan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Jawatankuasa Penduduk dan Anugerah Zon Bersih JKP MPSJ 2017 di Hotel Grand Bluewave, di sini.

Singam berkata, pihaknya berhasrat untuk memberikan hadiah wang kemenangan itu kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Kami juga akan berusaha lebih gigih untuk memenangi lebih banyak kategori pada masa akan datang.

“Selain itu, bagi menjadikan sesebuah JKP itu bagus, setiap ahli mesti mempunyai sikap bertanggungjawab dan meluangkan masa bersama komuniti,” katanya.

=EZY=


Pengarang :