Jom sertai Shah Alam Tanpa Kenderaan Ahad ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Sabirah Aziz

Jom sertai Shah Alam Tanpa Kenderaan Ahad ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjemput orang ramai menyertai Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, program tersebut membuka tirai 2018 setelah setahun penganjurannya.


“Program ini adalah inisiatif MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya, menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.

“Sepanjang program berlangsung, orang ramai hanya dibenarkan menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya,” katanya.

Shahrin berkata, antara pengisian program adalah pelepasan untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, persembahan pentas oleh Kombo MBSA, dan senamrobik.

“Selain itu, diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, edaran sarapan dan minuman secara percuma serta pengoperasian Perpustakaan Bergerak MBSA.

“Warga Shah Alam juga berpeluang membeli makanan di food truck, jualan barangan dan pameran seni lukisan, produk hijau (Green Eco Product), jualan baja kompos dan jualan bunga hiasan atau pokok buah-buahan.

“MBSA turut menyediakan sewaan basikal dan roller blade serta permainan kanak-kanak chu-chu train secara percuma chu chu train percuma, face painting, wall climbing, fruit eating challenge, Cats Adoption, aktiviti Sand Bag, Tyre Loop, Cargo Net dan Crawling,” katanya.

Pada masa sama, Kaunter Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ juga turut beroperasi bagi memudahkan orang awam membuat semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan mula dilaksanakan pada 22 Januari 2017 bagi memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

Sejak penganjurannya, sambutan yang diterima amat menggalakkan dari kalangan warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next