Seramai 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal PRN Sabah di 55 pusat mengundi.
NASIONAL

Kempen undi rosak perbuatan tidak bertanggungjawab

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JAN: Segelintir pihak yang sengaja menganjurkan kempen undi rosak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti dianggap sebagai golongan tidak bertanggungjawab.

Penganalisis politik bebas, Dato’ Dr Samsul Adabi Mamat berkata, selain diberikan hak sebagai pengundi, rakyat juga wajib menjalankan tanggungjawab mereka dalam menentukan masa depan negara.

“Dalam partisipasi politik, paling rendah adalah keluar mengundi. Kesedaran mengundi sudah cukup menjadikan kita warganegara yang baik tetapi merosakkan undi adalah perbuatan tidak baik dan perlu dihindari semua rakyat tidak kira parti apa disokong.

“Menjadi satu perbuatan tidak beretika jika kita sengaja merosakkan undi, apatah lagi berkempen supaya undi rosak kerana memilih pemimpin juga adalah satu tanggungjawab rakyat dan rakyat perlu memilih mengikut pilihan mereka,” kata bekas Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada SelangorKini.

Jelasnya, walaupun merosakkan undi tidak melanggar undang-undang, namun ia melanggar etika sebagai seorang warganegara bertanggungjawab.

Katanya, perbuatan merosakkan undi bukan sahaja merugikan negara malah mampu menyebabkan timbul perasaan menyesal dalam kalangan golongan terlibat.


Pengarang :