SUKANKINI

La Liga: Real Madrid lega tewaskan Valencia 1-4

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 28 JAN: Real Madrid kembali mencatat kemenangan selepas menewaskan Valencia 1-4 semalam.

Kemenangan itu pastinya melegakan sedikit tekanan skuad bimbingan Zinedine Zidane yang berhadapan prestasi buruk musim ini ekoran kegagalan mengutip tiga mata penuh.

Cristiano Ronaldo memastikan Real mendahului selesa babak pertama dengan dua jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 dan 38.

Valencia cuba bangkit pada babak kedua menerusi serangan bertali arus akhirnya berjaya menewaskan Kaylor Navas di gawang Real menerusi tandukan Santi Mina.

Disaat pasukan tuan rumah ghairah mencari gol penyamaan, Real menghukum kealpaan benteng pertahanan pasukan lawan dengan dua jaringan di minit akhir permainan menerusi Marcelo dan Toni Kross.

Keputusan itu mengekalkan kedudukan Real Madrid di tangga keempat dengan 38 mata selepas 20 perlawanan.

Berikut keputusan perlawanan La Liga yang berlangsung awal pagi tadi:

Valencia 1 (Mina m58) Real Madrid 4 (Ronaldo m16-pen, m38-pen, Marcelo m84, Kroos m89)

Deportivo La Coruna 2 (Adrian Lopez m19, Andone m45) Levante 2 (Ivi Lopez m80, m84)

Malaga 0 Girona 0

Villarreal 4 (Víctor Ruiz m5, Fornals m17, Bacca m20, Castillejo Azuaga m34) Real Sociedad 2 (Llorente m24, Willian José m58)

Foto Kredit: Gilabola.com

 


Pengarang :