SELANGOR

Lelaki maut dibelit ular sawa di Banting

BANTING 28 JAN: Seorang lelaki maut dibelit ular sawa di Jalan Haji Ibrahim dekat sini, awal pagi tadi, lapor BH ONLINE.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata Zaim Khalis Kosnan,35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Sebaik tiba, kami menemui ular sawa sepanjang 2.4 meter sudah mati dipercayai dipukul orang awam,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa masih berada di Hospital Banting bagi proses bedah siasat.

SUMBER: BH ONLINE

SUMBER GAMBAR: BH ONLINE/BOMBA


Pengarang :