BERITA UTAMAGLOBAL

Letupan Kabul: 95 maut, 158 cedera dalam letupan bom ambulans

KABUL 28 JAN: Sekurang-kurangnya 95 terbunuh dan 158 lagi cedera apabila
sebuah ambulans sarat dengan bahan letupan meletup di kawasan yang penuh sesak dengan orang ramai di Kabul.

Agensi Berita AFP melaporkan letupan itu adalah antara yang paling kuat menggegarkan ibu kota Afghanistan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Waheed Majroh memberitahu agensi berita AFP bahawa angka kematian kini berjumlah 95 dengan 158 mangsa cedera.

Sumber Gambar: AFP

Terdahulu, seorang pegawai lain memberi amaran bahawa angka korban awal seramai 63 orang dijangka meningkat.

Kumpulan militan Taliban mengaku melancarkan serangan dahsyat itu.

Serangan itu berlaku berhampiran Hospital Jamuriate di sebuah kawasan dimana beberapa organisasi berprofil tinggi termasuk Kesatuan Eropah menempatkan pejabatnya.

Letupan kuat itu menggegarkan tingkap bangunan-bangunan sejauh 2 kilometer dan mengakibatkan binaan rendah di sekitarnya runtuh.

SUMBER: AFP


Pengarang :