SUKANKINI

Manchester City mara ke final Piala EFL

OLEH AFIX REDZUAN

ENGLAND, 24 JAN: Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala EFL selepas menewaskan Bristol City menerusi agregat 5-3.

Dalam aksi separuh akhir kedua awal pagi tadi, City berjaya bangkit melakar kemenangan 2-3, hasil jaringan minit akhir Kevin De Bruyne.

The Citizen mendahului 0-1 pada babak pertama menerusi jaringan Leroy Sane hasil umpanan Bernardo Silva.

Masuk babak kedua, Sergio Aguero menggandakan jaringan kepada 0-2 sebelum Marlon Pack dan Aden Flint menjadikan kedudukan 2-2 buat Bristol City.

Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan seri, De Bruyne muncul wira City dengan gol ketiga bagi memastikan kemaraan anak buah Pep Guardiola.

Menanti City di perlawanan akhir adalah Arsenal atau Chelsea yang akan beraksi awal pagi esok, di Stadium Emirates.

Pada separuh akhir pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan di Stamford Bridge.

Foto Kredit: Mancity.com


Pengarang :