Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 JAN: Jumlah mangsa banjir di Rompin meningkat kepada 103 mangsa daripada 28 keluarga setakat jam 8 pagi hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan menempatkan 64 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek dan Dewan Orang Ramai Leban Chondong (39 orang).


“Hujan lebat sejak awal pagi semalam memaksa semua mangsa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air.

“Ini menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 357 mangsa daripada 95 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS di Rompin dan Pekan, berbanding 318 mangsa daripada 81 keluarga, malam tadi,” katanya kepada BH Online.

Katanya, seramai 254 orang daripada 67 keluarga ditempatkan di lima PPS di Pekan setakat hari ini.

“Lima PPS itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 93 orang, Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (9 orang) dan Pusat Pemindahan Kampung Lamir (38 orang),” katanya.

Zainal berkata, APM turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memastikan operasi pemindahan berjalan dengan lancar.

“Wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Rompin turut berada di pusat pemindahan bagi memberikan bantuan kepada penduduk,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan laman web infobanjir.water.gov.my sehingga jam 8 pagi, hanya Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan melepasi tahap amaran atau jingga dengan bacaan 10.03 meter (10.30 meter paras bahaya).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next