NASIONAL

Mangsa banjir di Raub menurun

OLEH SHEEDA FATHIL

KUANTAN, 19 JAN: Mangsa banjir ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) Raub kini berkurangan kepada 89 setakat 8 pagi ini berbanding 92, malam tadi.

Menurut portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara PPS mencatatkan mangsa paling ramai adalah di Masjid Kampung Ulu Sungai iaitu 41 mangsa daripada 13 keluarga.

Sementara itu, di Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 27 mangsa daripada lapan keluarga dan Balai Raya Kampung Sengkela (10 mangsa, empat keluarga).

Manakala, surau RRM Cheroh pula menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga dan Balai Umno Kampung Batu Talam (empat mangsa, dua keluarga).


Pengarang :