Masjid Zakaria dibangun penuhi keperluan penduduk | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Masjid Zakaria dibangun penuhi keperluan penduduk

 

OLEH HAFIZAN TAIB

GOMBAK, 12 JAN: Masjid Zakaria di Jalan Gombak, di sini, berjaya disiapkan bagi memenuhi keperluan umat Islam di kawasan ini.


Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan dana tambahan RM11 juta bagi tujuan itu dan mengatasi masalah tanah dihadapi sekian lama dengan penyediaan kawasan seluas tiga ekar.

“Ia telah berjaya disiapkan dan masjid ini mampu menampung seramai 2,000 jemaah umat Islam dalam satu-satu masa.

“Cuma cabaran kita ialah bagi mengimarahkannya dan saya yakin ia mampu memenuhi keperluan juga hasray Kerajaan Negeri bagi mengembangkan syiar Islam,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahannya dan solat jumaat di masjid berkenaan.

Katanya, masjid Zakaria yang adalah antara masjid tertua di Selangor iaitu dibina pada 1938 dan program pembangunannya dilakukan kerana uzur dan tidak lagi mampu menampung jumlah umat Islam yang ada di kawasan ini.

“Apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Gombak pada 2008, saya telah berbincang dengan penduduk mengenai pembangunannya dan pada 2009 saya telah menulis surat kepada Dato’ Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

“Pada 2010, ia diluluskan dengan peruntukan RM6 juta namun menghadapi masalah tanah,” katanya.

Katanya, pembangunan masjid itu diteruskan apabila beliau dipilih menggantikan Abdul Khalid bagi mengetuai Kerajaan Negeri.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next