SUKANKINI

Mawson bikin Liverpool gigit jari

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 23 JAN: Rentetan kemenangan 18 perlawanan tanpa kalah Liverpool dalam semua kejohanan berakhir, apabila tewas 1-0 kepada Swansea awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Alfie Mawson, pada minit ke-40 sudah cukup untuk memastikan kemenangan pasukan yang kini berada di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan itu merencatkan peluang Liverpool yang kini mengutip 47 mata dan menghuni tangga keempat liga untuk merapatkan jurang mata dengan tiga pasukan teratas walaupun berjaya menewaskan pendahulu, Manchester City 4-3, minggu lalu.

Sementara bagi Swansea, kemenangan itu menghidupkan peluang mereka untuk keluar daripada zon penyingkiran dengan hanya dipisahkan tiga mata.

Foto Kredit: Telegraph UK


Pengarang :