MB: Tiada keperluan pilihan raya negeri awal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

MB: Tiada keperluan pilihan raya negeri awal

 

OLEH HAFIZAN TAIB

GOMBAK, 12 JAN: Tiadakan keperluan bagi Kerajaan Negeri mengadakan pilihan raya negeri lebih awal kerana tempoh perkhidmatan bagi penggal ini akan berakhir tidak lama lagi.


Sehubungan itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan disuarakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard tidak lagi relevan buat masa ini.

“Sudah tentu cadangan ini tidak munasabah kerana ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan ini juga akan menyebabkan kos lebih besar kerana kita perlu bertanggungjawab terhadap wang rakyat.

“Sekiranya cadangan ini dibuat setahun lalu mungkin ia boleh dibincangkan berhubung kewajaran mengadakannya lebih awal,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan Masjid Zakaria dan solat Jumaat di sini, hari ini.

Beliau, berkata, tumpuan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi meningkatkan perkhidmatan dan menyelesaikan masalah rakyat seperti ditegaskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PAKATAN), baru-baru ini.

Katanya, kenyataan bahawa KEADILAN Selangor tidak bersama dengan parti lain dalam PAKATAN dalam menandatangani resolusi bersama gabungan itu adalah tuduhan jahat bertujuan melaga-lagakan antara sesama parti di dalamnya.

“Semua resolusi dan cadangan telah dibentangkan dalam konvensyen perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next