SUKANKINI

Mbappe terlepas aksi UCL menentang Real Madrid

OLEH AFIX REDZUAN

PARIS, 23 JAN: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid, bulan hadapan apabila terpaksa berehat selama dua bulan ekoran kecederaan belakang.

Bintang muda Perancis berusia 19 tahun itu cedera selepas bertembung dengan penjaga gol Olympique Lyon, Anthony Lopes dalam aksi Ligue 1, hujung minggu lalu.

Kecederaan itu menyaksikan Mbappe diusung keluar, pada minit ke-36 dalam perlawanan memihak Lyon dengan keputusan 2-1.

Mbappe sebelum ini menyatakan rasa teruja selepas PSG diundi menentang Real Madrid dalam peringkat suku akhir UCL dan bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik menentang Cristiano Ronaldo.

Foto Kredit: TheSun UK


Pengarang :