SELANGOR

MBI sumbang baju sekolah kepada 300 penerima

OLEH SABIRAH AZIZ

BATU CAVES, 20 JAN: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) hari ini menyerahkan bantuan baju sekolah kepada 300 penerima di kawasan Pinggiran Batu Caves, di sini.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari, dalam program Jelajah Jom ke Sekolah di kawasan itu.

Melalui laman facebook Amirudin, sumbangan itu adalah lanjutan dari bantuan ‘Back to School’ yang diberikan kepada kira-kira 400 penerima setiap Dun di Selangor.

“Dalam gesaan kita untuk mengejar kemajuan dalam bentuk material dan fizikal, jangan pernah lupa bahawa pembangunan kemanusiaan nyata lebih memesatkan perkembangan yang lain.

“Bahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBI juga tidak ketinggalan untuk membantu rakyat. Hari ini CSR MBI mengeluarkan dana berbentuk baju sekolah kepada 300 penerima di kawasan Pinggiran Batu Caves,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin dan beberapa ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersetuju untuk meluluskan projek penurapan jalan yang selama ini memberi kesukaran kepada penduduk Pinggiran Batu Caves.

“Sebagai tambahan dan anjakan untuk penduduk pangsapuri Pinggiran Batu Caves fasa 2, gelanggang futsal mereka juga sedang dinaik taraf dan dalam proses baik pulih.

“Saya juga sempat meninjau sistem Kawalan Keselamatan di Pangsapuri Kenanga. Antara pangsapuri yang terbaik daripada MPS. Syabas!

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak pernah lelah dan hilang fokus untuk mengangkat rakyat menjadi rakyat yang berdikari dan berdaya saing.

=EZY=


Pengarang :