MBSA perkenal K-PAY, mudahkan pengguna | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

MBSA perkenal K-PAY, mudahkan pengguna

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 JAN: Orang ramai kini berpeluang menggunakan perkhidmatan sistem bayaran layan diri, Kiosk Bayaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) iaitu K-PAY.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia merupakan salah satu kaedah alternatif transaksi pembayaran yang disediakan di kaunter utama MBSA.


Katanya, mereka tidak perlu beratur panjang dan menunggu giliran, sekali gus menjimatkan masa menerusi perkhidmatan yang mula diperkenalkan, pada Julai 2017.

“Orang ramai yang menggunakan kiosk K-PAY ini boleh membuat transaksi pembayaran secara layan diri tanpa perlu berurusan di kaunter utama.

“Ia membabitkan urusan urus niaga seperti pembayaran cukai taksiran, kompaun, cagaran, penyewaan dan sebagainya,” katanya.

Shahrin berkata, terdapat dua Kiosk K-PAY disediakan di kaunter utama MBSA selain pejabat cawangan di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

“MBSA berhasrat untuk menambah lagi Kiosk K-PAY bagi mempertingkatkan kualiti kecekapan perkhidmatan pada masa akan datang,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Kaunter Utama, Jabatan Kewangan di talian 03-5511 3251.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next