EKONOMIRinggit

Momentum ringgit menaik

SHAH ALAM, 23 JAN: Ringgit meneruskan momentum menaik apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, susulan sentimen positif yang menyokong pasaran, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9270/9300, berbanding dolar AS dari 3.9330/9370 penutup Isnin, lapor BERNAMA.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata peningkatan sentimen risiko global selepas Senat AS menamatkan penutupan kerajaan, selain pengukuhan harga minyak, memberi kesan positif terhadap ringgit hari ini.

“Cakap-cakap OPEC dan Russia akan menyambung dasar pengeluaran selepas 2018, mencadangkan harga minyak lebih tinggi dan lebih berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8165/8213 dari 4.8179/8232 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9788/9822 dari 2.9809/9848.

Ringgit menokok berbanding yen kepada 3.5394/5431 dari 3.5522/5565, namun susut berbanding pound British kepada 5.4923/4969 dari 5.4653/4724 .


Pengarang :