Sebanyak 34,090 kes demam denggi dilaporkan di Selangor dari Januari hingga 1 Ogos.
SELANGOR

MPKj laksana Ops Denggi belakang rumah Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

KAJANG, 26 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat akan melaksanakan Operasi Denggi di lorong belakang kediaman, pada Sabtu ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, operasi itu bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Antara kawasan terlibat ialah Jalan 1 hingga 31, di Taman Kantan Permai, Kajang.  Ia ekoran terdapat lapan kes demam denggi dilaporkan di kawasan itu sehingga 23 Januari lalu.

“Dalam operasi ini, penduduk perlu memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan luar kawasan rumah serta memastikan semua bekas takungan air berpotensi menjadi pembiakan jentik-jentik dimasukkan dalam beg plastik dan diletakkan di hadapan rumah.

“Ia bagi memudahkan kerja-kerja pungutan dilakukan kontraktor pembersihan dan tindakan merampas barang-barang di lorong belakang rumah berpotensi pembiakan jentik-jentik,” katanya.

Beliau juga menyeru semua penduduk di kawasan itu memberikan kerjasama dengan terlibat dalam aktiviti gotong royong rumah sendiri (GoRoRS).


Pengarang :