SELANGOR

MPKj tubuh ‘taskforce’ khas periksa lesen tamat tempoh

OLEH SABIRAH AZIZ

KAJANG, 26 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menubuhkan ‘taskforce’ khas di bawah Jabatan Penguatkuasaan untuk pemeriksaan lesen tamat tempoh bermula tahun ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar berkata, sebagai langkah permulaan, empat unit ditugaskan merangkumi Zon Kajang, Semenyih, Bangi, Cheras Kiri dan Cheras Kanan.

“Sehingga 24 Januari lalu, sebanyak 265 premis diperiksa dan jabatan menetapkan kuota 300 premis sebulan bagi pemeriksaan ini.

“Maklumat diperoleh diguna pakai bagi tujuan ‘data cleasing’ dan penambahbaikan sistem pelesenan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat penuh MPKj bil 1/2018 di sini, hari ini.

Mohd Sayuthi berkata, pihaknya yakin keseluruhan lesen tamat tempoh akan selesai diperiksa menjelang suku kedua tahun ini.

“Jabatan juga akan memperkenalkan jadual tugasan anjal bagi membolehkan premis industri, industri kecil sederhana dan hiliran tidak terkecuali dalam perkara ini,” katanya.


Pengarang :