SELANGOR

MPSJ: Lampu isyarat dua fasa atasi kesesakan waktu puncak

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 27 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melaksanakan skim baharu lampu isyarat dua fasa bagi menggantikan skim lampu isyarat empat fasa dalam mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di LDP Serdang Interchange, bermula 15 Februari ini.

Dalam kenyataan media, MPSJ memaklumkan, kerja pelaksanaan itu dijalankan dengan kerjasama Lembaga Leburaya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) .

Dengan pelaksanaan itu, MPSJ berkata aliran trafik di LDP Serdang Interchange untuk laluan keluar dan masuk dari Sierra 16/D’Alpinia Development dan dari Puchong Gateway akan dialirkan keluar dari Lebuhraya Damansara Puchong ke laluan baharu ditetapkan.

“Papan tanda berkaitan bari pelaksanaan skim baharu ini akan dipasang di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong dan antara Sierra 16 dan Pembangunan Puchong Gateway untuk membantu pengguna lebuh raya juga penduduk setempat menggunakan laluan alternatif.

“Seperti dalam sebarang pelaksanaan skim baharu, MPSJ yakin satu jangka masa diperlukan untuk membiasakan pengguna lebuh raya dan penduduk setempat dengan skim lampu isyarat dua fasa ini serta segala kerjasama amat dihargai,” katanya.


Pengarang :