BERITA UTAMASELANGOR

Orang Asal terus disantuni, kerjasama dipererat

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 20 JAN: Kerjasama antara Orang Asal dan jabatan kerajaan dipertingkatkan menerusi program Jalinan Kasih Orang Asal Peringkat Negeri Selangor.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Ust Mohd Basori Umar, program yang berlangsung sejak 8 Januari lalu melibatkan pelbagai acara.

“Program ini dimulakan pada 8 Januari lalu di 12 buah surau di perkampungan Orang Asal di Selangor.

“Antara program dijalankan seperti pertandingan surau terbaik yang melibatkan 12 surau di kampung orang asli di enam daerah, pertandingan nasyid, bola sepak lima sebelah, pertandingan mewarna dan lain-lain.

“Selain itu turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi seperti Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan lain-lain.

“Sambutan diberikan sepanjang program ini diadakan sangat mendapat sambutan baik oleh penduduk di sini dan masyarakat luar,” katanya ketika merasmikan program terbabit di Desa Temuan, Damansara Perdana di sini, hari ini.

Jelasnya, program seperti ini mampu mengeratkan lagi kerjasama antara sesama masyarakat Orang Asal dan juga dengan jabatan di Selangor.

Katanya, program itu anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), LZS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) danJabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA) Selangor.

Pada program penutup yang diadakan hari ini berjalan meriah dengan dihadiri kira-kira 700 hadirin yang terdiri daripada masyarakat Orang Asal seluruh Selangor.

=EZY=


Pengarang :