SELANGOR

Pegawai daerah baru diharap laksana amanah & tanggungjawab

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan empat Pegawai Daerah yang baru dilantik di pejabatnya, hari ini.

Mohamed Azmin berkata pertemuan kali pertama diadakan itu bagi mewujudkan kerjasama yang erat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Saya mahu kerjasama ini disuburkan dan dapat berganding bahu melaksanakan tugas dengan baik. Saya juga berharap pegawai yang dilantik dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Pertemuan tertutup turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamad Amin Ahmad Ahya.

Pelantikan empat Pegawai Daerah itu berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Mohd Jusni Hashim dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat. Beliau sebelum ini merupakan mantan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat.

Selain itu, mantan Timbalan Pengarah di Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) Mohd Yazid Sairi dilantik sebagai Pegawai Daerah Sepang.

Roslinah Md Jani pula dilantik sebagai Pegawai Daerah Petaling. Beliau juga merupakan mantan Pegawai Daerah Sepang manakala Dato’ Rosli Othman dilantik Pegawai Daerah Hulu Langat selepas berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat, sebelum ini.

=EZY=


Pengarang :