SUKANKINI

Pengadil tular sepak pemain Nantes digantung FFF

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 JAN: Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) menggantung pengadil Ligue 1, Tony Chapron atas kesalahan menyepak pemain Nantes, Diego Carlos ketika aksi bertemu Paris Saint-Germain (PSG).

Memetik laporan The Sun UK, Chapron akan dipanggil mengadap lembaga disiplin Liga Perancis untuk memberikan penjelasan.

Beliau yang mengemukakan permohonan maaf berkata, berasa sakit ketika pertembungan itu kerana mengalamai kecederaan baru-baru ini.

“Reaksi saya yang tidak disenangi adalah dengan menghulurkan kaki ke arah pemain. Tindakan itu tidak sepatutunya berlaku, jadi saya ingin memohon maaf,” katanya.

Video pertembungan Diego dan Chapron ketika PSG sedang melancarkan serangan balas di penghujung permainan tular di laman sosial dan menjadi bahan kritikan netizen.

Diego, pemain pertahanan Nantes diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan memihak PSG 0-1 hasil jaringan tunggal Angel Di Maria.


Pengarang :