KENYATAAN MEDIA

Perutusan Thaipusam

Thaipusam disambut oleh penganut agama Hindu sebagai tanda penentangan terhadap kejahatan. Ianya juga disambut di dalam kerangka penebusan dosa dan menyatakan kesyukuran.

Penentangan terhadap kejahatan dan menegakkan keadilan adalah perjuangan utama seorang insan. Sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita bersama-sama menentang kejahatan dan menegakkan keadilan.
Kemenangan hanya dapat dicapai dengan kegigihan usaha dan keutuhan tekad.

Saya mewakili keluarga besar HARAPAN dan KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di Malaysia serta di seluruh dunia. Semoga ianya disambut dengan penuh kemeriahan.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden HARAPAN
Presiden KEADILAN


Pengarang :