EKONOMIRinggit

Ringgit turun sedikit berbanding dolar AS

SHAH ALAM, 22 JAN: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran permintaan berhati-hati terhadap mata wang tempatan dan menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia Khamis ini, kata peniaga.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9380/9430, berbanding dolar AS dari 3.9360/9400 penutup Jumaat, lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8209/8274 dari 4.8322/8387 penutup Jumaat dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9804/9853 dari 2.9820/9869.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.5570/5619 dari 3.5572/5617, dan menambah berbanding pound British kepada 5.4656/4741 dari 5.4742/4801.


Pengarang :