Rumah asnaf terbakar, LZS sedia rumah transit | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Naeem Raffi

Rumah asnaf terbakar, LZS sedia rumah transit

OLEH NAEEM RAFFI

SEPANG, 10 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Sepang menyediakan rumah transit kepada keluarga asnaf miskin apabila kediaman mereka di Kampung Salak Tunggu musnah dalam satu kejadian kebakaran, pada 8 Januari lalu.

Menerusi laman facebooknya, LZS memaklumkan pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kebakaran.


“Kami bergegas menziarahi keluarga ini walaupun di luar waktu pejabat dan mengesahkan kejadian tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Rumah tersebut adalah milik asnaf miskin kami, kebakaran memusnahkan keseluruhan rumah,” katanya.

Dalam pada itu, LZS menzahirkan ucapan takziah buat keluarga terbabit dan mendoakan mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next