Selangor bebas campur tangan politik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Selangor bebas campur tangan politik

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Penjawat awam Selangor dijamin bebas daripada campur tangan dan desakan orang politik dalam membuat sebarang keputusan membabitkan urusan negeri dan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbirannya sentiasa memberi ruang kepada pegawai kerajaan menyuarakan pandangan bagi pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).


Katanya, jika pegawai tidak diberikan ruang bersuara, ia dibimbangi menjadi budaya yang bakal merosakkan demokrasi dalam negara.

“Sebagai contoh, apabila kita siapkan kertas Exco, Pegawai Daerah dapat berikan pandangan dan ulasan cukup professional tanpa menunggu pengaruh eksekutif atau parti politik.

“Kalau ini dapat dipertahankan, saya percaya Selangor akan terus maju pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Sempena Persaraan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Mohamed Azmin turut mengakui pengalamannya di dalam perkhidmatan awam sebagai paling manis dan bermakna sepanjang usianya.

Katanya, pengalaman dihantar menjalani kursus di United Kingdom pada 1997 turut memberi pengajaran penting kepadanya sebagai penjawat awam.

“Saya dapat rumuskan anggota perkhidmatan awam di sana tegas dalam mempertahankan kedaulatan dan kepentingan rakyat tanpa membiarkan campur tangan dan kuasa politik sekalipun parti pemerintah berubah.

“Suatu masa dahulu, anggota perkhidmatan awam Malaysia juga di antara yang terbaik di rantau ini.

“Saya mahu kegemilangan ini dapat dihidupkan semula sama ada di Selangor mahupun di peringkat persekutuan,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next