PELANCONGANSELANGOR

Selangor penyumbang terbesar sektor pelancongan RM51 bilion

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 29 JAN: Selangor muncul sebagai penyumbang terbesar sektor pelancongan negara apabila merekodkan nilai tambah tertinggi iaitu RM51.0 bilion atau 30.7 peratus.

Statistik itu dikeluarkan Jabatan Perangkaan Negara pada 29 Januari dalam Banci Ekonomi 2016 Statistik Pelancongan.

Sementara itu W.P. Kuala Lumpur merekodkan nilai tambah sebanyak RM50.5 bilion (30.4%), Johor RM11.4 bilion (6.9%), Pulau Pinang RM9.0 bilion (5.4%), Perak RM6.7 bilion(4.0%) dan Sarawak RM6.7 bilion (4.0%).

SUMBER: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Nilai tambah industri pelancongan berjumlah RM166 bilion

Pada tahun 2015, sejumlah 510,874 pertubuhan beroperasi dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 6.4 peratus.

Nilai ditambah meningkat 10.3 peratus setahun kepada RM166.0 bilion pada 2015 daripada RM101.8 bilion pada 2010.

Bilangan pekerja dalam industri ini turut meningkat sebanyak 4.4 peratus iaitu seramai 2.5 juta orang berbanding 2.0 juta orang pada tahun 2010.

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

 

Pelancongan menjana pendapatan RM147.3 bilion

Aktiviti e-Dagang industri pelancongan menjana pendapatan sebanyak RM147.3 bilion.

Dari segi sumbangan, perkhidmatan perdagangan runcit (membeli-belah) mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 46.6 peratus diikuti oleh perkhidmatan pengangkutanpenumpang udara (17.4%) dan perkhidmatan sukan dan rekreasi (13.0%).

 

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Pengarang :