Selangorkini
SASTERA

Setelah hari itu

Setelah aku

kau permalukan

dengan cerca dan hina

dan dipaksa melepaskan

kerusi amanah

yang diserahkan

oleh jutaan rakyat

hanya kerana aku tak mahu

sama jadi pendusta

dan mengulangi sebuah dosa.

Hari ini kembali kau

bercakap tentang maaf

dan damai

walau luka

masih mengalir darahnya

dan maluku tetap menjadi

pekung yang ternganga

Hanya kerana kau

tetap mendahulukan tamakmu

dan salakan anjing penjilat itu

tak kau tahu nanti

akan menjadi api

di dacing pengadilan

membakar rentung

angkuh dan segala kesombongan

insan.

Marsli N.O

 


Pengarang :