Selangorkini
SELANGOR

Shah Alam on Wheel di Seksyen 18 Sabtu ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 JAN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giants, Seksyen 18, di sini pada 13 Januari ini.

Ketua Bahagian Korporat Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan pelbagai lagi kemudahan disediakan.

“Melalui perkhidmatan ini, kami berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA di samping memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Manakala, waktu operasi pejabat bergerak itu akan bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang setiap hujung minggu.


Pengarang :