SELANGOR

Shah Alam On Wheel di Tesco U13 Sabtu ini

 

SHAH ALAM, 15 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan perkhidmatan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ bagi memudahkan orang awam berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, Shah Alam On Wheel akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta TESCO Shah Alam, Seksyen U13 di sini, bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang, pada 20 Januari ini.

“Shah Alam On Wheel menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir,” katanya.

Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan demi manfaat masyarakat.


Pengarang :