Siti Nurhaliza bakal timang bayi perempuan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Siti Nurhaliza bakal timang bayi perempuan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 JAN: Teka-teki jantina bayi yang bakal dilhairkan penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini terjawab apabila beliau mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Sempena sambutan ulangtahun kelahiran ke-39, Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Mohd Khalid Jiwa membuat pengumuman itu dalam bentuk video di laman Instagram @ctdk.


“Hadiah paling bermakna sekali adalah zuriat yang bakal dilahirkan bulan Mac nanti, jadi Siti nak kongsikan sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan, doktor sahkan anak kami adalah ‘puteri’.

“Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat.” katanya di laman Instagram beliau.

Terdahulu, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkemuka, Mohd Khalid pada tanggal 21 Ogos 2006 dan selepas 11 tahun beliau menerima berita gembira apabila disahkan hamil.

Manakala, sempena ulang tahun kelahirannya hari ini, beberapa stesen radio mendedikasikan slot khas bagi menghargai penyanyi tersohor itu.

Siti menerusi Instagram memberitahu terharu dengan tindakan stesen radio mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahirannya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next