SUKANKINI

SK Sungai Lui juara sepak takraw MSSDHL

OLEH HAFIZAN TAIB

KAJANG, 27 JAN: Pasukan bukan pilihan, Sekolah Kebangsaan (SK) mengalahkan SK Bandar Rinching dalam perlawanan akhir seterusnya muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL), pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, pasukan terbabit menghadapi cabaran getir lawan sebelum mengatasinya dengan tiga set, 7 – 15, 15 – 8 dan 15 – 13 dalam perlawanan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jasmin 2, di sini.

Regu SK Sungai Lui dibarisi Ahmad Afif, Ahmad Syamil Iqbal dan Ammar Fakriq serta pemain gantian, Dzul Hakim, nyata unggul dalam penentuan akhir seperti dipamerkan dalam separuh akhir apabila menundukkan juara bertahan, SK Sungai Jelok (15 – 13, 17 – 15).

Manakala SK Bandar Rinching A pula mengalahkan SK Lembah Jaya B (15 – 11, 15 – 9) untuk layak ke akhir.

Buat julung kali, kejohanan MSSDHL tahun ini mendapat suntkan semangat dan tajaan minuman isotonic dan bertenaga Forca, pakaian sukan Figos dan bola rasmi tempatan, Gajah Emas di sepanjang kejohanan.

Kejohanan bermula 23 Januari itu menghimpunkan 35 sekolah di seluruh Hulu Langat dengan 75 regu menyertai perlawanan peringkat awal menerusi format liga berkumpulan sebelum 35 pasukan berentap pada saingan kalah singkir.

Pertandingan itu disaksikan Pengerusi PIBG SK Bangi, Dr Mohd Ridzwan Yaakub dan Pengetua SMK Taman Jasmin 2, Noor Lailah Muhammad Zain.


Pengarang :