SPR ingkar agih pengundi di DUN Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sabirah Aziz

SPR ingkar agih pengundi di DUN Selangor

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 9 JAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa ingkar terhadap agihan pengundi, di DUN Selangor seperti dinyatakan dalam Sub Seksyen 2(c) Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara itu menyebut bilangan pengundi di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri hendaklah lebih kurang sama banyak.


Katanya, ia dapat dilihat apabila jumlah pengundi di N46 Pelabuhan Klang mempunyai 28,604 pengundi, berbanding 59,917 pengundi di N47 Pandamaran.

“Ini bermakna, jumlah pengundi Pandamaran adalah dua kali ganda pengundi di Pelabuhan Klang dan perkara ini mesti diperbetulkan kerana secara tidak langsung mendiskriminasi pengundi, di Pandamaran kerana nisbah nilai undi 2:1 daripada seorang pengundi, di Pelabuhan Klang.

“Tindakan sebegini oleh SPR melanggar peruntukan Persekutuan, khususnya prinsip satu orang, satu undi, satu nilai, yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pendengaran awam bantahan persempadanan semula SPR, di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa kawasan DUN dikuasai Pakatan Harapan, di Selangor dilabelkan sebagai ‘super DUN’ apabila mengalami pertambahan besar jumlah pengundi sehingga mengatasi pengundi, di beberapa Parlimen dikuasai Umno-BN.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, tindakan itu dilihat memberi kelebihan kepada pihak tertentu untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di kawasan itu.

“Bilangan itu menunjukkan tingginya diskriminasi ke atas pengundi di P110 Parlimen Klang dengan kawasan DUN di dalamnya lebih besar daripada kawasan Parlimen, dalam negeri yang sama.

“Ia juga memecahkan talian dan hubungan komuniti tempatan daripada tempat asal, sekali gus meningkatkan potensi calon Umno untuk menang dalam PRU-14,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next