Tahun Kehakiman ganti Tahun Perundangan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Tahun Kehakiman ganti Tahun Perundangan

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JAN:Perhimpunan membabitkan hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan, wakil Badan Peguam Malaysia serta Jabatan Peguam Negara kini dinamakan Pembukaan Tahun Kehakiman.


Memetik laporan Malaysiakini, penamaan semula acara tahunan itu yang dahulunya dikenali sebagai Pembukaan Tahun Perudangan diumumkan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif ketika menyampaikan ucapan beliau pada majlis itu, hari ini.

Acara ini diadakan setiap tahun sejak 2010 apabila ketua hakim negara ketika itu, Tun Zaki Azmi berhasrat mengadakan perhimpunan untuk para hakim, peguam negara dan Badan Peguam Malaysia seperti yang diamalkan di United Kingdom.

Bagaimanapun, pada tahun ini Badan Peguam Malaysia yang berada di bawah Majlis Peguam Malaysia mengumumkan ketidakhadirannya dalam majlis itu.

Walaupun demikian, bekas ketua hakim negara Tun Arifin Zakaria, peguam kanan seperti Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Bastian Vendargon, Darryl Goon, dan Hisyam Teh Poh Teik bersama bekas presiden Badan Peguam Malaysian Ragunath Kesavan dan Lim Chee Wee hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah pemegang jawatan dari Persatuan Peguam bela Sarawak dan Persatuan Undang-undang Sabah serta beberapa hakim dari Indonesia dan Singapura.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next