PENDIDIKANSELANGOR

UNISEL galak pensyarah hasil bahan penerbitan baru

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 JAN: Universiti Selangor (UNISEL) menggalakkan kakitangannya menghasilkan produk penerbitan ilmiah yang boleh dijadikan rujukan kepada penggiat akademik akan datang.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, ketetapan baru itu dibuat dengan mengambil kira keperluan aspek pendidikan negeri.

“Tujuannya untuk menjadikan UNISEL sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta pertama yang meletakkan sasaran dengan penghasilan 500 penerbitan.

“Pendekatan baru ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini, namun kita yakin bahan penerbitan dihasilkan boleh melambangkan kekuatan sesebuah universiti itu sendiri,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, inisiatif baru diperkenalkan universiti milik Kerajaan Negeri itu selaras kedudukan UNISEL sebagai salah satu universiti yang memiliki 13 pensyarah bertaraf profesor, 20 bertaraf profesor madya selain lebih 27 peratus kakitangan memiliki kelulusan doktor falsafah (PHD).

Menyambut baik pelaksanaan itu, Kerajaan Negeri sebelun ini turut menyalurkan peruntukan RM2 juta untuk melaksanakan program penyelidikan pembangunan UNISEL.

Peruntukan itu termasuk keperluan menyediakan landasan dan ruang berkaitan penubuhan UNISEL Press.


Pengarang :