Untunglah dapat cawan MDKS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Untunglah dapat cawan MDKS

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 11 JAN: Pemilik harta yang terawal menjelaskan bayaran cukai taksiran 2018 di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berpeluang memiliki cawan eksklusif edisi khas secara percuma.

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Mohamad Yusli Askandar berkata, pemberian cawan ‘eco’ diperbuat daripada sekam gandum itu sebagai menghargai komitmen dan tanggungjawab pembayar cukai.


Katanya, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ancaman plastik dan polistirena terhadap kesihatan masyarakat, alam sekitar serta hidupan liar.

“Bahan digunakan ini mengambil masa yang singkat untuk terurai, lebih mudah untuk kitar semula dan tidak bertoksik.

“Orang ramai digesa merebut peluang ini melalui pembayaran penuh cukai taksiran 2018 dan pemberian hadiah ini berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya.

Mohamad Yusli berkata, bil untuk penggal Januari hingga Jun 2018 sudah dikeluarkan dan orang ramai diminta membuat semakan dan bayaran segera sebelum 28 Februari ini bagi mengelakkan Fi Notis (Denda Lewat).

Katanya, pemilik harta dinasihatkan untuk membawa bil lama atau dokumen harta jika tidak menerima bil semasa untuk membuat bayaran.

“Hasil kutipan cukai itu dipulangkan menerusi perkhidmatan seperti kutipan sampah domestik dan pembersihan awam, penyelenggaraan infrastruktur jalan, lampu jalan, longkang dan sebagainya.

“Ia juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dalam menyediakan persekitaran perbandaran kondusif bagi pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti”, katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next