BERITA UTAMA NASIONAL

Wan Azizah: Anwar bebas 11 Jun ini

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG, 6 JAN: Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.

Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada 11 Jun ini.

“Insyaallah, kalau diizinkan tuhan, mengikut lunas undang-undang Anwar dibebaskan pada 11 Jun,” katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka di sini hari ini.

Wan Azizah berkata walaupun Anwar belum dibebaskan semangat beliau tetap menyertai mereka di konvensyen berkenaan.

“Hari ini ialah hari yang ke-1,601 Anwar menjadi tahanan politik.

“Meski pun jasadnya dipenjara namun rohnya kekal bersama kita,” katanya.

=EZY=

 


Pengarang :