EKONOMIGLOBAL

Wang kripto Jepun digodam, ‘hilang RM2.1 bilion

OLEH: MOHD EZLI MASHUTGLOBAL 28 JAN: Choincheck satu daripada rangkaian pertukaran wang digital terbesar Jepun mendakwa ‘kehilangan’ kira-kira AS$534 juta (RM2.1 bilion).

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan kehilangan sejumlah besar wang digital maya itu dipercayai akibat digodam pihak tertentu pada 26 Januari lalu.

Dilaporkan aktiviti penggodaman tersebut menyebabkan banyak deposit dan pengeluaran kadar mata wang kripto tertunda kecuali Bitcoin.

Sekiranya kegiatan penggodaman itu disahkan, ia bakal menjadi ‘kecurian’ kadar mata wang digital terbesar setakat ini.

Pihak syarikat dilaporkan bercadang memberikan ganti rugi ekoran kehilangan itu namun belum dimaklumkan cara penggantian itu.

SUMBER: REUTERS/BBC NEWS

=EZY=

 


Pengarang :