Selangorkini
SUKANKINI

Yakult beri sokongan kepada skuad B-23 kebangsaan di China

OLEH SABIRAH AZIZ

KUNSHAN, 20 JAN: Yakult Malaysia hadir memberi sokongan kepada skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, di hotel penginapan pasukan di Kunshan, China, tengah hari ini.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada tiba di Kunshan pagi tadi, bersama hampir 300 botol Yakult untuk memberikan sokongan padu kepada skuad B-23 kebangsaan yang akan menentang Korea Selatan.

Skuad B-23 kebangsaan bakal berdepan Korea Selatan pada perlawanan suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Stadium Kunshan, jam 4.00 petang ini.

Dalam kunjungan itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi selaku pengurus skuad B-23 kebangsaan bersama Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee dan para pemain menerima minuman Yakult daripada Hamada.

Yakult menjadi minuman probiotik rasmi FAM selama tiga tahun bermula Januari 2018 dengan nilai tajaan sebanyak RM3.9 juta.

=EZY=


Pengarang :