YIDE-PRASANA komited bantu anak yatim, tingkat hemodialisis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

YIDE-PRASANA komited bantu anak yatim, tingkat hemodialisis

 

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited membantu anak yatim dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Menerusi laman Facebooknya, YIDE memaklumkan mereka telah mengadakan lawatan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bagi menjalin kerjasama dari sudut penajaan anak-anak yatim dan hemodialisis.

“YIDE komited dalam membantu anak-anak yatim berdaftar bersama YIDE dan meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Dialisis MAIS dengan menggantikan mesin hemodialisis yang lama bagi melancarkan operasi,” katanya.

Pada 10 Jan lalu, lawatan yang diketuai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah itu mengadakan perbincangan dua hala bersama Naib Presiden Kanan Media & Komunikasi PRASARANA, Azhar Ghazli dan Pegawai Pehubungan Awamnya, Khairul Bariah.

Terdahulu, YIDE adalah sebuah yayasan yang memberi khidmat sokongan kebajikan dalam bidang kesihatan dan perubatan seperti rawatan hemodialisis yang dikawal selia Pusat Dialisis MAIS.

YIDE mengurus selia enam cawangan Pusat Dialisis MAIS membabitkan Pusat Dialisis MAIS Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman Melawati dan Bukit Jelutong.

Katanya, kesemua pusat dialisis itu menyediakan 43 mesin hemodialisis bagi menampung kapasiti 258 pesakit daripada pelbagai peringkat umur.

Malah, YIDE turut berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di Selangor dengan melaksanakan program agihan sumbangan kewangan dan bantuan pendidikan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next