Zac dan Acosta senjata baru PKNS FC | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Zac dan Acosta senjata baru PKNS FC

OLEH AFIX REDZUAN

KELANA JAYA, 10 JAN: PKNS FC memperkenalkan dua lagi pemain import baru, Zachary Anderson dan Jonatan Leonel Acosta bagi memperkukuh pasukan menjelang permulaan musim 2018.

Bintang dari Australia dan Argentina itu akan memantapkan bahagian pertahanan serta tengah bersama gandingan pemain tempatan dengan tempoh kontrak selama setahun.


Majlis menandatangani kontrak dan pengenalan pemain disertai Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal dan Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid itu turut disaksikan Setiausha PKNS FC Md Adi Harmizi Ariffin di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

K Rajagobal pada sesi sidang media berkata, kualiti yang ada pada kedua-dua pemain itu mampu memberikan yang terbaik kepada skuad Red Ants.

“Mereka mempunyai kualiti kepimpinan dan persembahan diperlukan pasukan.

“Zac sendiri kita dapat lihat sumbangan yang diberikan terhadap Kedah musim lepas.Acosta pula pemain yang kreatif.

“Saya yakin mereka berdua boleh mempertingkatkan mutu permainan. Kombinasi dengan pemain tempatan juga memberikan nilai tambah kepada pasukan,” katanya.

Beliau turut percaya PKNS FC mampu beraksi lebih baik berbanding sebelumnya tambahan aksi musim ini pastinya akan menjadi lebih menarik.

Red Ants sebelum ini secara rasmi mengumumkan dua pemain import baharu iaitu Romel Morales Ramirez dari Columbia dan Muhammad Faris Ramli dari Singapura.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next