EKONOMISELANGOR

7 Fakta Ekonomi Selangor Yang Patut Diketahui

OLEH NORHAYATI UMOR

1. Walaupun ekonomi tidak menentu dan pengurusan kewangan lemah di peringkat Kerajaan Persekutuan, Selangor sebaliknya terus mengukuhkan rizabnya apabila mencatatkan RM3.24 bilion tahun lalu berbanding RM3.05 bilion pada 2016, sehingga Oktober tahun lalu.

Sumber: Teks ucapan Belanjawan Selangor 2018 Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

2. Selangor kekal sebagai negeri termaju dan menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila 22.7 peratus atau RM251.6 bilion pada 2016.

Bagi tahun 2017, nilai ditambah sektor perkhidmatan diunjurkan menyumbang sebanyak 59.7 peratus kepada KDNK negeri, manakala nilai ditambah sektor pembuatan dianggarkan menyumbang sebanyak 28.8 peratus.

Sumber: Teks ucapan Belanjawan Selangor 2018 Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

3. Merupakan penyumbang Tenaga Buruh & Guna Tenaga Terbesar Di Malaysia iaitu sebanyak 74.2 peratus merangkumi guna tenaga 3.3 juta, penduduk bekerja 3.2 juta dan kadar pengangguran 3.2 peratus.

Sumber: Laman Web Jabatan Perangkaan

4. Sehingga Disember 2017, peningkatan hasil Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sehingga mencecah RM2.8 bilion.

Sumber: Wawancara bersama Mantan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman

5. Selangor mencatatkan prestasi membanggakan dengan berjaya menarik pelaburan RM1.7 bilion, dari Januari hingga Jun 2017 dengan merekodkan 51 peratus atau RM870.8 juta adalah daripada pelaburan tempatan.

Sumber: Laman Web Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

6. Pertumbuhan ekonomi Selangor tahun 2018 dijangka lebih tinggi pada kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus berbanding tahun sebelumnya pada kadar 5 hingga 5.5 peratus.

Senario positif itu dipacu oleh aktiviti sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Sumber: Teks ucapan Belanjawan Selangor 2018 Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

7. Hasil bagi tahun 2018, dianggarkan RM2.25 bilion menerusi penyumbang utama sebanyak 48.3 peratus (premium tanah), 23.3 peratus (cukai tanah) dan uruniaga berkaitan tanah (5.9 peratus).

Sumber: Teks ucapan Belanjawan Selangor 2018 Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

 


Pengarang :