Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia

KUANTAN 12 FEB: Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 69 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur selepas dipercayai terjatuh di bilik air kira-kira jam 6.45 petang tadi.

ASTRO AWANI melaporkan abangnya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, adiknya yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) terjatuh di bilik air dipercayai akibat serangan jantung.


“Buat masa ini, arwah masih di Kuala Lumpur dan saya masih berurusan dengan ahli keluarga sama ada akan membawa arwah ke sini atau tidak,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, menang dengan majoriti 7,715 undi.

Beliau menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.

SUMBER: ASTRO AWANI

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next