PBTSELANGOR

Akademi Bola Sepak Merah Kuning cungkil bakat baru

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 22 FEB: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) akan menganjurkan Akademi Bola Sepak Merah Kuning bagi membuka peluang kepada remaja mencungkil bakat dan minat mereka.

MDKL menerusi Facebook berkata, pendaftaran akan dibuat di Stadium Jugra, Teluk Datok, pada 24 dan 25 Februari ini bermula jam 8 sehingga 10 pagi.

Katanya, ia terbuka kepada semua peserta bermula tujuh hingga 17 tahun.

“Ia diwujudkan bagi mencari bakat muda baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, di samping memberi pendedahan program latihan dan pembangunan jangka masa panjang.

“Selain itu, pelbagai program menarik turut disediakan sepanjang tahun,” katanya.

MDKL berkata, peserta hanya dikenakan yuran pendaftaran RM100 berserta satu set jersi dengan kadar bayaran RM20 setiap bulan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaab akademi itu boleh menghubungi Hafiz di talian 019-3740672 atau Raziman 014-5146074.


Pengarang :