NASIONAL

Aliran trafik lebuh raya utama lancar

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 FEB : Aliran trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat jam 10.15 pagi tadi pergerakan trafik di lebuh raya utama kendalian syarikat berkenaan lancar.

Beliau berkata, trafik dilaporkan meningkat di beberapa kawasan dari Tanjung Malim ke Behrang namun kesesakan lalu lintas terkawal walaupun terdapat satu kemalangan kecil dilaporkan di Kilometer 398.2 yang menjadi punca lorong kiri dan tengah terhalang.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan pergerakan sedikit perlahan di kawasan masuk sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke arah pantai timur berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

“Namun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA-


Pengarang :